Kecepatan sesebuah blog untuk dibuka oleh pengunjung juga memainkan peranan penting dalam dunia blogging. Selain bergantung kepada jenis browser yang digunakan dan kecepatan internet, perkara penting lain adalah kandungan element yang mencorakkan sesebuah blog.
GTmetrix Comparison Report! Sejak dah bertukar ke hosting baru ni, HR mula la gatal tangan nak godek sana sini. Nak test speed la, nak test tu la. Selalunya bila HR nak test speed blog HR nak tau kelemahan dan kelembapan blog HR, HR akan merujuk kepada sebuah website seperti http://gtmetrix.com untuk test dan mendapatkan result. GTmetrix mampu memberikan keputusan Page Speed Grade, YSlow Grade, Page load time, Total page size dan Total # of requests. Malah kita boleh bandingkan berat dan kelajuan blog kita dengan blog yang lain.
Caranya mudah sahaja:
- Buka website ini. http://gtmetrix.com/
- Masukkan url blog anda, kemudian tekan 'GO!'
- Setelah seketika, anda akan dapat sedikit informasi tentang blog anda, dan yang paling penting adalah masa load setiap element. Tindakan seterusnya bergantung kepada kehendak anda.:)
Korang boleh cuba sendiri dengan melayari website ini iaitu http://gtmetrix.com untuk melihat sendiri keputusan penuh blog korang. Dari situ korang boleh lah baiki mana mana yang patut pada blog untuk menambah baik pretasi blog masing masing.
Perpanjangkan tangan kita untuk menghebah kebaikkan dan nasihat menasihati semasa kita (blogger).
p/s: Kebiasaanya yang menyebabkan lambat adalah gambar beranimasi ataupun javascript.:)





No comments:
Post a Comment